Friday 10 July 2015

2015:Kehidupan di IPG Kampus Tuanku Bainun

# Penulisan ini hanyalah catatan pengalaman penulis semata-mata dan bukan bertujuan memberi imej negatif pada institut.


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, 

         Sebulan yang lalu, aku masih berasa ragu sama ada benar atau tidak, tepat atau tidak keputusanku keluar dari Kolej Matrikulasi Kedah untuk menerima tawaran berharga dari IPGM. Maklum sajalah,halatuju yang bakal aku tempuh di IPG yang sememangnya tempat melahirkan GURU berkualiti dan kompeten lain benar dengan 'cita-cita'ku iaitu untuk menjadi seorang doktor. Sengaja aku 'kurungkan' perkataan cita-cita tersebut kerana realitinya ia memang hanya tinggal cita-cita yang tidak akan aku usahakan lagi. Tetapi pada hari ini, boleh benar aku katakan di sini, IPG Kmpus Tuanku Bainun adalah tempat yang terbaik untuk aku. Mungkin terlalu awal untuk aku berasa selesa, namun sebagai permulaan sejak aku melangkah ke sini pada tanggal 22 Jun 2015, cukup aku bersyukur terpilih berada di sini. Sebelum kita melangkah lebih jauh ke dalam kehidupan aku di sini, adalah wajar rasanya aku ceritakan serba sedikit tentang suka duka sebelum aku menerima tawaran Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2015 di sini.


           Aku seorang pelajar lepasan SPM 2014 di sebuah SMKA di Kedah. Menimba ilmu dan mengambil peperiksaan penting bagi pelajar-pelajar di Malaysia beralirankan Sains Tulen. Jelas sekali di situ, aku amat berminat mempelajari subjek -subjek sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Dua tahun menelah ilmu tersebut membuatkan aku berani bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di peringkat ijazah kelak. Perancangan dan halatuju masa depan aku untuk mencapai impian sudah jelas aku aturkan. Sungguhpun begitu, aku tunduk akur lantaran aku hanya manusia yang mampu merancang bahkan Allah jualah sebaik-baik perancang. Di sekolah dahulu,biarpun aku berada di kelas dengan aliran Sains Tulen, namun kegiatan kokurikulum dan akademik aku lebih berkisar kepada keindahan penggunaan bahasa. Tuhan anugerahkan aku sedikit bakat berpantun,berpidato dan beberapa aktiviti berbahasa lain yang pada mulanya aku hanya menyertai aktiviti tersebut hanya sekadar minat dan peluang mencungkil bakat dalam diri. Jarang sebenarnya, aku menyertai kegiatan berkaitan subjek sains yang rata-ratanya berbentuk kurikulum atau akademik.Semuanya lebih menjurus ke arah berbahasa dan terbukti juga di akhir tahun pengajianku, aku mendapat Anugerah Pemantun Terbaik di daerahku.

            Sengaja aku ceritakan, bukan bertujuan mendabik dada sebaliknya ada sesuatu yang terkandung di balik semua ini. Seterusnya, ditakdirkan pula aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Lapan daripada sebelas subjek yang aku daftar dan jalani ujiannya, aku berjaya mendapat A.Semua ini adalah kurniaan Allah. Beberapa subjek di slip menunjukkan gred A+ termasuklah Bahasa Melayu. Aku ketengahkan juga subjek tersebut kerana ada sesuatu di situ dan sebenarnya tidaklah mudah mendapat gred sebegitu walaupun ia cumalah kertas bahasa ibunda. Jujurnya,jika mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran kami di kelas tentang subjek tersebut akan lebih menerbitkan rasa syukur.Nanti aku ceritakan. Bersambung selepas itu, bermulalah kesibukan aku menguruskan hal permohonan ke matrikulasi dan universiti. Permohonan ke program matrikulasi sudah aku uruskan awal-awal lagi dan sememangnya aku sangat berhajat mengikuti program tersebut kerana aku ingin meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang sains yang hanya sederhana sewaktu SPM. Mendapat lebih banyak A sukar,tetapi mendapat sedikit A lebih sukar. Begitulah hakikat yang boleh aku katakan berkisar pelajar di Malaysia hari ini. Maklumlah, saingannya sengit dan ada pula yang agak cemerlang sukar pula membuat pilihan, seperti aku. 
  

           Setelah mengisi permohonan universiti dan matrikulasi, tiba-tiba tecetus pula fikiran emakku supaya aku mencuba nasib memohon IPG. Apakah perasaan aku? Ah, sememangnya tidaklah aku sepenuh hati memohon! Terbukti sekali apabila aku hingga terlupa menyemak syarat bidang terlebih dahulu,jadinya aku memohon tanpa mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu! Oleh itu permohonan aku untuk ke peringkat pertama permohonan PPISMP iaitu UKCG, aku tidak berjaya. Nah, bagaimana pula aku boleh berada di sini? Matrikulasi? Universiti? 

Bakal bersambung nanti...



9 comments:

  1. amann....sambung cepatt...best!
    can't wait to read the next chapter !!

    ReplyDelete
  2. Tuu...ayattt...suka ahhh!

    ReplyDelete
  3. Kalau di ipg. Jika tawaran subjek major bm. Dan apa subjek minor? Boleh tlg listkan subjek minor yg ditawarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, bagi sistem terbaharu di IPG, ada dua jenis minor iaitu elektif teras dan eletif terbuka. Bagi elektif teras, subjek yang ditawarkan bergantung kepada jabatan dan juga pensyarah yang ada di kampus masing-masing. Antara minor yang ditawarkan bi, pend. Islam, ba, bc, matematik, sc, pend. seni, rbt, pend. moral dll. Elektif terbuka pula dipilih sewaktu semester 1 tahun 3 (semester 5).

      Delete
    2. Selain itu, pemilihan minor juga mungkin bergantung kepada "tagging". Contohnya, kalau tagging SJKC/ SJKT, pemilihan minor bagi guru pelatih berbangsa Melayu agak terhad kerana mereka perlu mengajar dalam bahasa pengantar.Kes kami di sini dengan tagging SJKC, kami hanya mempunyai pilihan bagi subjek bi(tesl) atau pj. Bergantung kepada kampus.

      Delete
  4. Adakah Sistem penilaian pemilihan PISMP adalah melalui sistem pengiraan matrik seperti ipta yang lain termasuk syarat Am kelayakan ?. Adakah kelayakan bergantung kepada temuduga 100% ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat am kelayakan sememangnya sama bagi IPT termasuklah IPG. Saya tidak pasti mengenai sistem pengiraan matrik, walaupbagaimanapun keputusan berdasarkan temuduga lebih dominan. Maaf jika terdapat ketidaksahihan maklumat.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete